TAMPIN – Seorang pengundi muda di sini tidak mahu melepaskan peluang untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) walaupun kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan jalan raya belum pulih sepenuhnya. Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka, Danish Aizuddin Mohd. Katan, 22, yang berkerusi roda tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun dekat sini kira-kira pukul 3 petang ini. Dia yang dibantu oleh ibunya, Roslina Zainal Abidin, 55, selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tidak lama selepas tiba di sekolah tersebut. Pelajar jurusan Diploma Elektrik itu berkata, dia tidak mahu ketinggalan menunaikan tanggungjawab…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya