KUALA LUMPUR 23 Mei – Mempunyai wajah yang boleh dikatakan seiras dengan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman, pelakon Ben Amir, 28, akur dengan komen-komen pengikutnya yang ditinggalkan di laman sosial. Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin berkata, sebelum Syed memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, memang pernah ada orang yang menegur tentang persamaan wajahnya dengan ahli politik muda itu. “Tetapi ketika itu dia belum popular seperti sekarang. Lagipun hal tersebut tidak merimaskan saya. “Namun kini, selepas namanya menjadi sebutan ramai, semakin ramai yang tegur termasuk ketika berjalan-jalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya