KUCHING – Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Daniel Tajem meninggal dunia di kediamannya di Jalan Urat Mata, Tabuan Jaya di sini hari ini. Menurut isterinya, Datin Seri Ivy Tajem, pemergian suaminya amat mengejutkan kerana penyakit kencing manis mendiang adalah terkawal dan tidak pernah mengalami masalah jantung sebelum ini. Beliau berkata, awal pagi ini suaminya mengadu sukar bernafas dan beliau meminta anaknya membawa mendiang berjumpa doktor. Bagaimanapun, katanya, mendiang menghembus nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 7 pagi. Mendiang Tajem, 82, yang juga bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand meninggalkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya