DHAKA 16 Mei – Mahkamah Agung Bangladesh hari ini membenarkan bekas Perdana Menteri negara itu selain pemimpin parti pembangkang utama, Khaleda Zia, diikat jamin, tiga bulan selepas beliau dipenjarakan atas tuduhan rasuah. Al-Jazeera melaporkan, mahkamah berkenaan mengekalkan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi sebelum ini, membenarkan beliau yang dikenakan hukuman penjara lima tahun kerana menipu, diikat jamin. Bagaimanapun, peguam daripada kedua-dua pihak berkata, tidak semestinya Zia yang merupakan Pengerusi Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP) akan dibebaskan dari penjaea kerana beliau turut ditahan atas tiga kes lain.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya