KUANTAN 16 Mei – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang bekas juruteknik yang didapati bersalah mengedar 61.21 gram dadah methamphetamine, dua tahun lalu. Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan yang dikemukakan Mohd. Moriff Zulkarnaim, 30, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya. Mohd. Moriff didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11.30 pagi, 1 Nov 2016 di rumah sewanya di Lorong Sekilau 31, di sini. Dadah berkenaan ditemukan di dalam sebuah beg bersama-sama dompet yang mengandungi dokumen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya