KUALA LUMPUR 27 Mei – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beberapa lagi anggota Kabinet bakal diumumkan dalam tempoh dua minggu akan datang terutamanya bagi mengisi portfolio penting seperti Kementerian Luar. Beliau bagaimanapun mengakui berdepan cabaran untuk membentuk Kabinetnya kerana perlu membuat pertimbangan dari segi agihan bilangan dan jenis kementerian yang akan diperuntukkan kepada setiap empat parti dalam Pakatan Harapan. Malah katanya, faktor kaum dan negeri kelahiran juga menjadi antara cabaran beliau untuk menamakan seseorang menteri bagi mengelakkan rasa tidak puas hati dalam kalangan empat parti gabungan tersebut. “Terdapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya