JOHOR BAHRU 30 Mei – Kerajaan negeri akan memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 sempena Hari Raya Aidilfitri. OSMAN Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco, hari ini. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, pemberian bantuan khas kepada penjawat awam negeri ini turut dipanjangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun di negeri ini. “Kita meluluskan bayaran bantuan khas kewangan 2018 sebanyak RM1,000 sempena Aidilfitri yang akan dipanjangkan kepada PBT dan badan berkanun negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya