Bangkai anak gajah ditemui di Sungai Kinabatangan - Utusan Malaysia

Bangkai anak gajah ditemui di Sungai Kinabatangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar Sabah mengesahkan mengenai penemuan bangkai anak gajah di Sungai Kinabatangan di daerah Kinabatangan hari ini. Pengarahnya Augustine Tuuga berkata, pihaknya menerima laporan tentang penemuan bangkai haiwan berkenaan namun, setakat ini belum ada maklumat lanjut daripada pasukan Jabatan Hidupan Liar Sabah yang kini berada di sungai terbabit. “Punca kematian anak gajah belum dapat dikenalpasti memandangkan pemeriksaan dan penyiasatan sedang dijalankan di lapangan (lokasi). “Berdasarkan gambar yang tersebar kemungkinan gajah itu berusia antara tiga atau empat tahun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya