LOS ANGELES – Seorang hakim persekutuan kelmarin mengeluarkan perintah larangan menghalang pengawal penjara di Alaska menghidangkan daging babi kepada banduan beragama Islam semasa mereka berbuka puasa di bulan Ramadan, kata sekumpulan aktivis. Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) memfailkan tuntutan undang-undang pada Selasa lalu dengan mendakwa Kompleks Penjara Anchorage telah melanggar peruntukan perlembagaan kerana melaksanakan ‘hukuman luar biasa dan kejam’. CAIR berkata, Mahkamah Daerah Alaska Amerika Syarikat (AS) membenarkan permohonan arahan sementara itu yang berkuat kuasa serta-merta. Perintah tersebut mengarahkan pengawal penjara membekalkan makanan kepada banduan Islam dengan berpandukan garis panduan kesihatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya