BANGKOK 25 Mei – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak akan mengulangi kesilapan lampau apabila terlalu lewat mengetengahkan pemain muda dan bergantung kepada muka lama. Sebaliknya, pendekatan yang digunakan dalam Piala Thomas apabila mereka menurunkan empat muka baharu – Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Teo Ee Yi serta Aaron Chiah akan menjadi permulaan kepada langkah lebih drastik yang bakal diambil badan badminton itu. Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menegaskan, Malaysia perlu berani untuk mencuba pemain-pemain muda andai mahu bersaing dengan negara gergasi lain yang sudahpun menggunakan pendekatan itu sejak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya