SHAH ALAM 26 Mei – Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku iaitu Ana Raffali, 33, bersyukur diberikan kesihatan yang baik sepanjang 32 minggu menghamilkan anak keduanya. Ana atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali memberitahu, dia dan suami, Ahmad Aznaim Abdullah dijangka menimang cahaya mata kedua ketika umat Islam meraikan kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi. “Ikutkan, saya akan melahirkan anak ini pada 29 Jun depan dan berdoa sangat-sangat agar bayi ini tidak keluar terlalu awal seperti abangnya, tiga tahun lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya