KUALA LUMPUR 15 Mei – Walaupun hanya mengengsot, pendaki istimewa negara, Azrulkhan Hasrullah atau lebih dikenali sebagai Adam, 26, mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menawan Kem Induk Everest (EBC) yang berketinggian 5,350 meter dalam masa 16 hari dari Lukla, Nepal. Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, Adam berjaya menawan EBC selepas mengharungi pelbagai cabaran seperti suhu sehingga -8 darjah selsius, laluan becak dipenuhi tahi yak dan pendakian yang panjang. “Kejayaan yang ditunjukkan Adam memberi isyarat tiada alasan untuk kita yang diberikan kesempurnaan fizikal melakukan kejayaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya