PUTRAJAYA – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Putrajaya. Mohamed Azmin berkata, beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan menjelaskan kepada baginda mengenai peranan baharunya di peringkat kerajaan Persekutuan “Sehingga hari ini saya masih Menteri Besar Selangor. Sekiranya keputusan dibuat untuk saya membantu kerajaan Persekutuan, saya akan melepaskan jawatan Menteri Besar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menemui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya