PUTRAJAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai pelantikannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia sebentar tadi. Beliau tiba pada pukul 12 tengahari di Yayasan Kepimpinan Perdana yang menjadi pejabat sementara Perdana Menteri selepas mengangkat sumpah pada 10 Mei lalu. Semalam, Azmin memberitahu pertemuan bersama Perdana Menteri akan membincangkan skop tugas yang akan diamanahkan kepadanya. Beliau dijangka mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberikan keputusan sama ada kekal sebagai Menteri Besar atau menerima pelantikan sebagai menteri. –…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya