SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pelantikannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Menurutnya, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai pelantikannya untuk mengisi jawatan di peringkat kerajaan Persekutuan itu. “Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui jawatan menteri kanan di peringkat Persekutuan. “Mungkin malam ini atau esok (hari ini) saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri bagi mendapatkan penjelasan mengenai bidang tugas yang diamanahkan kepada saya,” katanya ketika ditemui di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya