NEW YORK 11 Mei – Syarikat telekomunikasi terbesar dunia AT&T menyifatkan pengambilan peguam peribadi Trump, Michael Cohen adalah satu ‘kesilapan besar’. Dalam satu memo dalaman diberikan kepada para pekerja yang diperoleh daripada The Associated Press, CEO Randall Stephenson menyifatkan pengambilan berkenaan adalah ‘kesilapan serius’ sambil menyatakan bahawa pelobi utama syarikat itu di Washington ingin meninggalkan syarikat berkenaan. Menurut syarikat itu, Cohen menghampiri mereka selepas Pilihan Raya 2016 selain beliau mempunyai kontrak selama setahun dengan bayaran sebanyak AS$50,000 (RM197,524) sebulan. -AP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya