REMBAU 20 Mei – Seramai 85 pelajar lelaki berdepan detik cemas apabila sebuah blok asrama di Sekolah Tinggi Islam As Sofa, di sini terbakar dalam kejadian awal pagi ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd. Fuad Majid berkata, kebakaran berlaku pada pukul 1.58 pagi ketika pelajar terbabit sedang tidur. Bagaimanapun, katanya, kebakaran disedari mereka yang kemudiannya berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari asrama berkenaan. “Kebakaran melibatkan lima dormitari di sebuah blok asrama lelaki yang musnah sebanyak 90 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya di sini hari ini. Mohd.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya