WASHINGTON 23 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan sidang kemuncak yang bakal dijalankan bersama Korea Utara pada bulan hadapan berkemungkinan tidak akan berlaku. Lapor BBC, beliau menegaskan Pyongyang mesti memenuhi syarat yang ditetapkan sekiranya mahu sidang kemuncak itu diteruskan. Trump bagaimanapun tidak menjelaskan apakah syarat yang ditetapkan tetapi memberi bayangan bahawa pelucutan senjata nuklear perlu dilaksanakan. Sebelum ini, Korea Utara mahu membatalkan sidang kemuncak itu sekiranya AS bertegas mahu mereka menyerahkan program nuklearnya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya