LONDON – Arsenal mengesahkan pelantikan bekas ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery sebagai pengurus baharu pasukan itu berkuat kuasa hari ini. Pemilihan Emery, 47, merupakan satu kejutan kerana The Gunners sebelum ini dikatakan akan melantik bekas pemain tengah pasukan itu, Mikel Arteta yang kini menjadi penolong pengurus kepada Pep Guardiola di Manchester City. Bagaimanapun, Arsenal membuat keputusan untuk melantik Emery yang membimbing PSG bergelar juara trebel musim ini dengan kejayaan menjulang Ligue 1, Piala Perancis dan Piala Liga Perancis selain kejuaraan berganda tahun lalu. – Agensi
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya