YANGON – Pejuang Rohingya melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk kampung beragama Hindu semasa kebangkitan pada tahun lalu di Negeri Rakhine, Myanmar, kata pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International (AI) semalam. Menurut AI, kekejaman itu berlaku pada 25 Ogos 2017, hari sama pemberontak Rohingya menyerang pondok-pondok polis Myanmar sekali gus mengheret negeri itu ke dalam krisis. Pihak tentera melancarkan serangan balas ke atas pemberontak, manakala tindakan keras itu memaksa 700,000 etnik Islam Rohingya meninggalkan Myanmar selepas mereka ditindas bertahun-tahun. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyifatkan operasi tentera Myanmar di Rakhine sebagai penghapusan etnik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya