SHAH ALAM – Suami kepada penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa mencederakan anak lelakinya dengan sebatang rotan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi Armin, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pindaan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin. Mengikut pertuduhan pindaan, Armin yang bekerja sendiri didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam ke atas seorang anaknya dengan menggunakan sebatang rotan. Bekas pramugara itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya