BUENOS AIRES 23 Mei – Skuad bola sepak Argentina berdepan situasi sukar apabila penjaga gol mereka, Sergio Romero tidak dapat diturunkan dalam kempen Piala Dunia 2018 berikutan mengalami kecederaan lutut. Perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dalam satu kenyataan, hari ini. Kata AFA, pemain Manchester United itu mengalami kecederaan lutut kanan sewaktu menjalani sesi latihan bersama pasukan kebangsaan, semalam. “Romero terpaksa diketepikan daripada senarai 23 pemain Argentina ke Piala Dunia 2018 di Rusia,” kata AFA. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya