RIYADH 20 Mei – Arab Saudi bersetuju untuk membebaskan 1,000 warga Ethiopia yang telah dipenjarakan di negara Teluk tersebut kerana pelbagai kesalahan, kata media Ethiopia. Keputusan itu dibuat selepas diminta oleh Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed yang berada di Riyadh dalam satu lawatan rasmi selama dua hari yang berakhir semalam, lapor Perbadanan Penyiaran Fana. Menurut agensi berita tersebut, 100 daripada jumlah tahanan itu adalah wanita tanpa mendedahkan kesalahan yang dibuat dan kesemua tahanan berkenaan akan dibebaskan hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya