RIYADH 24 Mei – Tentera udara Arab Saudi memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh kumpulan pemberontak Houthi Yemen di ruang udara bandar Jizan. Menurut kenyataan dikeluarkan oleh jurucakap tentera pakatan diketuai Arab Saudi, Turki al-Maliki, serpihan peluru berpandu itu mendarat di kawasan penduduk di Jizan tetapi tiada kematian atau kerosakan dilaporkan. Kumpulan berkenaan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu yang disasarkan ke arah pelabuhan di Jizan. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya