TAWAU – Maritim Malaysia (APMM) Tawau menumpaskan cubaan sindiket penyeludupan 1,086 karton rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM44,820 dalam satu operasi di perairan Kampung Titingan di sini malam tadi. Dalam kejadian pada pukul 11.12 malam tersebut, pasukan APMM telah menahan sebuat bot laju yang dipercayai menyeludup masuk karton rokok terbabit dari Sungai Nyamuk, Indonesia ke perairan daerah ini. Ketua Maritim Zon Tawau, Kepten Maritim Romli Mustafa berkata, bot laju yang dinaiki dua suspek lelaki itu ditahan kira-kira lima batu nautika dari kawasan perairan Kampung Titingan dekat sini. “Bagaimanapun, tekong dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya