ALOR SETAR – Tindakan sebuah bot nelayan kelas C yang menceroboh zon tangkapan ikan dengan memukat di kawasan perairan kurang 15 batu nautika dari pantai mengundang padah apabila ditahan bot peronda Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kedah awal pagi ini. Bot jenis pukat tunda itu ditahan di kedudukan tujuh batu nautika barat laut Tanjung Dawai dekat sini oleh bot peronda APMM kira-kira pukul 3 pagi tadi. Ketua Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd. Noor berkata, pemeriksaan menemui seorang tekong bersama empat awak-awak warga Thailand di dalam bot nelayan tersebut. “Bot itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya