KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas lebih 20 ekor ikan yu yang dipercayai ditangkap nelayan asing Vietnam kira-kira 120 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman, hari ini. Ketua Zon Maritim Kemaman, Lt. Kdr. Maritim Mohamad Rezal Kamal Bashah berkata, ikan yu tersebut dibawa sebuah bot Vietnam terbabit, yang bergerak bersama-sama tiga lagi bot nelayan asing berkenaan, dan ditahan antara 7 pagi dan 1.20 petang tadi. “Kita jarang tangkap bot yang membawa ikan hidup seperti ini, dan ini adalah tangkapan pertama dilakukan Maritim Kemaman. Dalam bot tersebut, ikan-ikan yu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya