PERAK terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Melaka United dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh kelmarin apabila beberapa percubaan berbahaya untuk mendapatkan jaringan dinafikan penjaga gol dan pertahanan pasukan pelawat. Pengendali Perak, Mehmet Durakovic berkata, para pemainnya telah menunjukkan aksi yang baik di atas padang basah untuk memburu kemenangan pada perlawanan yang dihadiri kira-kira 7,500 penyokong, namun dinafikan penjaga gol lawan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek. “Kami bermain dengan baik pada perlawanan itu dan mendapat kira-kira tiga percubaan terbaik untuk mendapatkan gol. “Bagaimanapun, penjaga gawang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya