KUALA LUMPUR 16 Mei – Laungan ‘Reformasi’ terus bergema sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penampilan pertama di Himpunan Merdeka Rakyat, malam ini. Ketua Umum PKR itu yang tiba kira-kira pada pukul 9.40 malam di Dataran Petaling Jaya dekat sini disambut kira-kira 3,000 penyokong yang menanti beliau sejak pukul 5.30 petang tadi. Terdahulu, rata-rata penyokong Anwar yang membawa bendera PKR turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih bagi meraikan kedatangan Ramadan yang disambut esok. Anwar diringi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya