KUANTAN 29 Mei – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menerima menghadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di ibu negara. Menurut Pegawai Media Istana Abdulaziz, Abdul Rahim Othman, pertemuan itu diadakan secara tertutup selama satu jam bermula kira-kira 10.45 pagi dengan turut disertai Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman. “Pertemuan tersebut merupakan satu kunjungan mesra yang dilakukan oleh Anwar sempena bulan Ramadan dan Tengku Abdullah juga mengenalinya semasa menjadi timbalan perdana menteri dahulu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya