KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara Selasa ini, kata anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini. “Yes (ya),” jawab Nurul Izzah melalui aplikasi WhatsApp apabila diminta mengesahkan mengenai pembebasan Anwar pada Selasa ini. Anwar dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya serta hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Tinggi. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya