KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian untuk memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Menurut Anwar, beliau menyampaikan beberapa keresahan dan pandangan kepada Pengerusi Pakatan Harapan dalam memastikan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sempurna semasa Mahathir melawatnya di wad Hospital Rehabilitasi Cheras. “Saya menghargai kunjungan Mahathir petang semalam (Sabtu) dan dalam pertemuan itu, saya telah sampaikan keresahan pimpinan yang memohon agar kaedah rundingan lebih merangkumi. “Pandangan tersebut disambut baik oleh Mahathir, namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya