KUALA LUMPUR 15 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan sejak 2015 akhirnya akan dibebaskan esok. Penasihat PKR itu dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuan beliau terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya serta hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Tinggi. Anwar sepatutnya dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh pada 8 Jun depan, namun diawalkan selepas Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), minggu lalu. Bukan sahaja dibebaskan dari penjara, tetapi Anwar turut dijangka menerima pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya