KUALA LUMPUR 17 Mei – Tan Sri Annuar Musa membuat keputusan mengagihkan keseluruhan pendapatan bulan pertamanya sebagai Ahli Parlimen Ketereh kepada 176 kakitangan agama Islam kawasannya yang ditamatkan perkhidmatan sejak kelmarin. Ketua Penerangan UMNO itu berkata, bantuan tersebut tidak banyak tetapi sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk berbelanja juadah berbuka puasa hari ini. Sehubungan itu, beliau merayu kepada kerajaan khususnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng supaya mempertimbangkan semula penamatan perkhidmatan tersebut, lebih-lebih lagi ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dan bersiap untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. “Setahu saya di Kelantan, mereka ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya