IPOH 12 Mei – Majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baharu akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 5 petang ini. Namun setakat ini Pakatan Harapan Perak yang telah memperoleh mandat untuk membentuk kerajaan negeri dengan 31 kerusi, belum mengumumkan nama calon Menteri Besar. Pakatan Harapan yang menang 29 kerusi DUN dalam PRU-14, mendapat mandat untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti 31 kerusi setelah mendapat sokongan dua wakil rakyat Barisan Nasional (BN). – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya