SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menafikan dakwaan kononnya kakitangan Tabika Perpaduan dan Tabika Kemas diberhentikan kerja oleh kerajaan negeri baharu. Sebaliknya, beliau menasihatkan kakitangan di kedua-dua tabika terbabit supaya terus melaksanakan tugas seperti biasa. “Kami dari pihak kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan untuk memberhentikan mana-mana kakitangan. Mereka tetap boleh meneruskan kerja sebagai kakitangan kerajaan dan sesi persekolahan tetap akan diteruskan seperti biasa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Aminuddin turut mengarahkan mana-mana individu yang mengambil harta milik kerajaan negeri di balai raya, pusat khidmat dewan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya