KUALA LUMPUR 25 Mei – rampasan wang tunai sebanyak RM114 juta yang diumumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh hari ini menamatkan spekulasi mengenai jumlah sebenar wang yang dirampas dalam serbuan di Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan di sini pada Jumaat lalu. Kesemua wang tunai dalam ringgit dan mata wang asing itu dirampas bagi membantu siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam serbuan itu turut ditemukan ialah sejumlah barangan kemas dan jam tangan berjenama dalam 37 beg yang belum ditaksirkan nilainya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya