KUALA LUMPUR 17 Mei – UMNO perlu mengambil iktibar dan kembali menyusun gerak kerja serta strategi bagi membina semula parti itu yang ‘runtuh’ setelah dilanda kekalahan kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) minggu lalu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) sedar perkara itu bukan mudah kerana wujud ketidaktentuan dalam kalangan akar umbi memandangkan parti itu tidak pernah tewas sepanjang 13 siri pilihan raya umum sebelumnya. Namun begitu, beliau percaya ahli-ahli yang sayangkan UMNO, yang merupakan ‘orang UMNO’ tentunya akan faham prinsip perjuangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya