KUALA LUMPUR 29 Mei – Persatuan Alumni GPMS UiTM (PAGU) hari ini membantah tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) mengenai kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada kaum bukan Melayu. Presidennya, Muhamad Akmal Mohd. Dahalan dalam satu kenyataannya kepada Utusan Online memberitahu, bantahan tersebut dibuat di atas dua pekara asas iaitu hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta keseimbangan pendidikan, ekonomi dan sosial. Beliau berkata, UiTM sebagai sebuah agensi pendidikan tinggi khusus untuk kaum Melayu dan Bumiputera adalah manifestasi Perkara 153 yang sama sekali tidak boleh diganggu-gugat. “PAGU…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya