Al-QURAN al-Karim diturunkan sebagai rahmat dan petunjuk kepada sekalian alam. Sesuai dengan maknanya dari aspek literal yang bermaksud ‘bacaan’, kitab ini adalah antara yang paling banyak dibaca, dihafal, diulas dan dibahaskan oleh umat manusia sama ada Muslim atau bukan Muslim sejak mula diturunkan sehinggalah ke hari ini. Penegasan peri pentingnya pembacaan dan peranannya sebagai wasilah ilmu ditegaskan sejak daripada wahyu pertama lagi iaitu ayat 1-5 surah al-‘Alaq. Justeru, kepentingan mencari dan menguasai ilmu menjadi sebahagian daripada identiti umat Islam dan ia lazimnya bermula dengan menguasai bacaan al-Quran. Berbeza dengan individu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya