PUTRAJAYA 22 Mei – Kementerian Kewangan mendedahkan beberapa akaun dan laporan di kementerian itu telah dihalang daripada diakses oleh pentadbiran terdahulu. Menterinya, Lim Guan Eng berkata, hanya beberapa fail boleh diakses oleh beberapa pihak sekali gus menghalang pegawai dan juruaudit untuk menjalankan tugas mereka. Ujar beliau, perkara berkenaan menyebabkan kerajaan sebelum ini telah memperdaya orang awam mengenai beberapa perkara kontroversi terutama 1Malaysia Development Berhad (1MDB), malah telah menyalahlaporkan kedudukan kewangan negara di Dewan Rakyat. “Siasatan dan pencarian yang mendalam serta menyeluruh masih dilakukan bagi mendapatkan data dan maklumat kewangan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya