KOTA KINABALU 10 Mei – Datuk Dr Jeffrey Kitingan daripada parti Solidariti Tanah Airku (Solidariti) berjaya mengalahkan abangnya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (BN-PBS) dalam pertandingan empat penjuru di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Dr. Jeffry Kitingan Dalam percubaan pertama Dr Jeffrey berdepan abangnya di kawasan DUN Tambunan, beliau mengalahkan Pairin dengan majoriti 1,037 undi. Dr Jeffrey memperoleh 6,136 undi berbanding Pairin 5,099 undi. Calon lain dalam pertandingan empat penjuru berkenaan ialah Justin Alip daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) yang memperoleh 1,427 undi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya