KUALA LUMPUR 18 Mei – Selama 24 tahun bergelar selebriti, akhirnya jelitawan Bollywood, Aishwarya Rai, 45, buat pertama kali membuka akaun Instagram peribadinya. Ratu Cantik Dunia 1994 tersebut menjelaskan kepada Bollywoodlife.com, pembukaan itu dilakukan bersempena penganjuran 17 tahun Festival Filem Cannes yang dihadirinya pada Sabtu lalu. Sementara itu, wakil pengurusannya mengesahkan, akaun berkenaan adalah rasmi milik Aishwarya dan sudah mendapat tanda biru (pengesahan pemilikan) daripada pihak Intagram. Sejak dibuka enamn hari lalu, akaun yang didaftarkan di bawah nama @aishwaryaraibachchan_arb telah mengumpul hampir tiga juta pengikut. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya