BENTONG 15 Mei – Melihat permata hati rakyat negeri ini, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyinsing lengan baju dengan mengetepikan protokol memasak di khalayak bukan perkara baharu, malah kehadiran baginda sentiasa dinanti-nantikan setiap anggota masyarakat. Air tangan Tunku Azizah juga menjadi rebutan dan disebut-sebut bagi yang pernah menikmatinya terutama ketika baginda mencemar duli memasak di pusat pemindahan banjir semasa negeri ini dilanda musibah. Berikutan itu, cukup istimewa dan pastinya menjadi kenangan terindah buat banduan wanita di Penjara Bentong di sini apabila baginda berbesar hati sanggup berkongsi rahsia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya