KUALA KANGSAR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-12 di Istana Iskandariah di sini sebentar tadi. Istiadat penyampaian surat cara pelantikan dan upacara angkat sumpah itu disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Berangkat sama dalam upacara tersebut, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah. Istiadat pengisytiharan pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar itu turut disaksikan para pembesar negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya