ALOR SETAR 11 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Nur Iman, di sini hari ini. Kenderaan membawa bekas Menteri Besar itu dilihat memasuki pekarangan istana pada kira-kira pukul 11 pagi. Sejam kemudian, kenderaan yang membawa Ahmad Bashah dan isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad meninggalkan pekarangan istana berkenaan. Beliau dan isteri hanya mengangkat tangan kepada pemberita dan jurugambar yang menunggu di hadapan istana. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya