PEKAN 20 Mei – Setiap ahli UMNO diingatkan supaya tidak terus bersedih dan lemah semangat walaupun parti keramat orang Melayu itu tewas serta gagal membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ahli UMNO tidak boleh meratapi kekalahan berkenaan terlalu lama sebaliknya mesti bangkit meneruskan perjuangan. Kata beliau, jika hendak menangis dan memeluk beliau apabila berjumpa dengannya tidak menjadi masalah tetapi cukuplah selepas itu. “Allah SWT tidak suka kita dalam tangisan. Allah sentiasa menguji kita sebab itu kita perlu reda dengan ujian.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya