ISKANDAR PUTER – Kerajaan Johor memperuntukkan RM2.8 juta kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu tahun ini sebagai langkah memastikan perkhidmatan berkesan kepada rakyat. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, setiap ADUN termasuk pembangkang akan menerima RM50,000 bagi pengurusan pusat khidmat wakil rakyat. “Keputusan itu yang dibuat selepas meneliti kewangan negeri adalah seiring dengan keutamaan kerajaan negeri ketika ini iaitu bantuan bersifat segera pasca Pilihan Raya Umum ke-14 bagi memastikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat tanpa mengira perbezaan politik,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang pertama hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya