KUCHING 19 Mei – Seramai 8,000 warga agensi keselamatan dan penguat kuasa bakal menerima bungkusan kuih raya tanda penghargaan dan pengiktirafan sumbangan mereka memastikan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan kepada negara khususnya di negeri ini. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, sumbangan tersebut merupakan acara tahunan yang dijalankan sejak 1990 lagi. Katanya, dahulu hanya sebanyak 2,000 bungkusan kuih raya diberikan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun setiap tahun ianya ditambah mengikut keperluan. “Sebanyak 8,000 bungkusan kuih raya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya