JOHOR BAHRU 14 Mei – Seramai tujuh pelajar sekolah termasuk pemandu cedera ringan apabila bas sekolah dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kota Tinggi, dekat sini kira-kira pukul 6.30 pagi tadi. Ketika kejadian, difahamkan bas dinaiki seramai 55 pelajar itu dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar 2. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Ahsmon Bajah memberitahu, kemalangan itu tidak membabitkan sebarangan kemalangan jiwa. “Tiada kemalangan jiwa, hanya tujuh pelajar lelaki cedera ringan dan pemandu bas sekolah. “Mereka telah dirawat di Hospital Kota Tinggi dan klinik Air…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya